Soalan Lazim dan terma & syarat-syarat Mengenai Kelas Menjahit di Lynn's Craft

Di bawah ini adalah soalan-soalan lazim, terma dan syarat-syarat mengenai kelas jahitan kami, yang kami harap dapat membantu:


Q1)Saya tiada pengetahuan menjahit bolehkah saya sertai kelas ini?

A1) Sesiapa sahaja boleh mengikuti kelas kami, dan kami komited untuk mengajar anda.


Q2) Berapa lama masa yg dperlukan untuk belajar menjahit ?

A2). Untuk Pakej RM150 - Masa yang ditetapkan di dalam promosi adalah 720 jam tetapi masa untuk menyiapkan satu kursus mengikut kecekapan dan kemampuan peserta itu sendiri. Jika peserta tidak dapat menghabiskan kelas mengikut masa yang ditetapkan, peserta boleh menyambung waktu sessi pada harga RM20.00 sejam. Tempoh masa yang diberi untuk menghabiskan pakej RM150 adalah dalam masa 6 bulan dari tarikh pembayaran dibuat.

A2) Untuk Pakej RM480/500 dengan sessi  3600 jam, masa tidak boleh dibawa ke hadapan selepas tamat tempoh kursus (1 tahun).

A2) Untuk Pakej 3600 jam juga tidak boleh dituntut sekiranya peserta habis menjahit dengan lebih awal. 


Q3)Bilakah waktu kelas diadakan ? 

A3)Kelas kami dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 6 petang sepanjang tahun.  Hari Rabu dan Cuti Umum kedai kami tidak beroperasi. 

Q4)Saya boleh uruskan masa saya sendiri atau kena ikut jadual waktu yang disediakan? 

A4)Boleh uruskan masa sendiri tetapi kena bagitahu 2 hari awal jika ingin menukar tarikh kelas


Q5)Bolehkan saya menukar tarikh kelas jahitan selepas membuat tempahan ?

A5) Setiap peserta dibenarkan menukar tarikh kelas DUA KALI sahaja untuk satu kursus yang diambil atau tempah. Sebarang pertukaran kelas atau tidak hadir ke kelas tanpa memaklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya 2 hari sebelum kelas, kelas tidak akan diganti.


Q6)Adakah alatan jahit disediakan sekali ?

A6)Kami menyediakan mesin jahit, alatan jahit boleh dibeli di kedai kami.


Q7)Dimana lokasi kelas menjahit ?

A7)Kelas kami hanya di Subang Jaya di kedai kami di Lynn's Craft, SG-03A-0

Jalan SS 15/4G, Subang Square, Gallery Shopping Center.


Q8)Bagaimana hendak ke Lynn's Craft

A8) Jika menggunakan Komuter KTM berhenti di Stesen Subang Jaya. Jika menggunakan LRT berhenti di stesen SS15 dari Stesen Komuter/LRT mengambil masa 5-10 minit berjalan kaki ke kedai kami.

A8) Jika memandu cari kami di Waze atau Google Map "Lynn's Craft Subang"

Q9) Gambar-gambar untuk tujuan pemasaran

A9) Dengan menyertai pakej kami, setiap peserta & ibu bapa atau penjaganya (mana yang berkaitan) bersetuju untuk membenarkan Lynn's Craft menggunakan gambar peserta tanpa had untuk tujuan pemasaran sahaja.

Q10)Berapa yuran dikenakan untuk kelas menjahit ?

A10)Harga promosi kelas kami ialah :

  i) Pakej RM150 untuk 720 jam/6 bulan

 ii) Pakej RM480 untuk 3600 jam/setahun

iii) Paker RM500 untuk 3600 jam/setahun


Q11)Adakah bayaran deposit/yuran yang telah dibuat oleh peserta akan dikembalikan jika peserta membatalkan atau gagal menghadiri kelas ?

A11)Tidak, pihak kami tidak akan memulangkan bayaran deposit/yuran yang telah dibuat. Kami hanya akan berbincang dengan peserta untuk memilih tarikh baru yang bersesuaian dengan mereka. 


Q12)Adakah dikenakan yuran pendaftaran untuk mengikuti pakej ?

A12) Tiada yuran pendaftaran dikenakan.


Q13)Bagaimana cara bayaran yuran pakej?

A13) Bayaran secara tunai/kad kredit/debit kad boleh dibuat terus ke kedai kami di Lynn's Craft, SG-03A-0, Jalan SS 15/4G, Subang Square, Gallery Shopping Center, Subang Jaya.

A13) Bermula dari 1hb Jan 2018 semua tempahan pakej ialah bayaran penuh mengikut pakej yang dipilih.

A13)Semua bayaran boleh dibuat secara online melalui maybank2u ke Lynns Boutique And Collections nombor akaun 5124 5518 6634 dan mesti disahkan dengan bukti pembayaran melalui email atau Whatsapp ke (016 678 1865) dan info@lynnsbc.com.

A13)Selepas bayaran sila sertakan nama, tarikh & masa kelas, nama kursus, tarikh bayaran dan no. talipon



Q14) Berapa lama sah laku pembayaran yuran: 

A14) Pakej RM150 ialah DUA BULAN dari tarikh pembayaran. Perserta dikehendaki menghadirkan diri ke kursus kami, tiada pemulangan deposit/yuran jika melebihi tempoh sah laku pembayaran.


A14) Pakej RM480 ialah 3600 jam atau lebih kurang dalam masa setahun dari tarikh pembayaran. Perserta dikehendaki menghadirkan diri ke kursus kami, tiada pemulangan deposit/yuran jika melebihi tempoh sah laku pembayaran.

Q15) Bolehkah pakej yg dibayar ditukar milik kepada orang lain ?
A15) Tempahan pakej dan bayaran yang telah dibuat tidak boleh ditukar milik kepada orang lain. (Non Transferable)


SETELAH MEMBUAT BAYARAN HENDAKLAH SMS, EMAIL ATAU WHATAPPS KAMI, JIKA TIDAK KAMI TIDAK AKAN MEMPROSESKAN TEMPAHAN ANDA.


Q16)Bagaimana saya hendak tahu lebih lanjut mengenai kelas yang disediakan

A16) Boleh hubungi saya Juliana di 016-678 1865 atau layari website kami di www.lynnsbc.com, jika ada instagram boleh ikuti kami @lynnsbc atau #lynnscraft



Lynn's Craft.

(Dimiliki sepenuhnya oleh Lynns Boutique and Collections)


* Terma dan syarat akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

SHARE
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: